~Take me away~

Monday, May 17, 2010

Selamat Hari Guru

Hari ni sambutan hari guru diadakan kat sekolah. Tahun kedua mengajar...and aku tak dapat banyak sgt hadiah pun, tapi sangat best bila sampai2 je kat sekolah, ade hadiah cute kat menanti kat atas meja...



Dari McMiller:
Cikgu, terima kasih kerana mengajar saya sehingga faham tentang B.A.K.
Terma kasih, Ustazah!

Waaa, hariku sudah bermula dengan senyuman...Lepas tu, macam biasa, masuk dewan untuk sambutan hari guru, persembahan... etc

Overall, well I'll let the picture do the talking...hehe


Bakul tu memang special sangat..haha banyak guru-guru lain yang jeles tengok aku dapat bakul tu...
First2 kat dewan, Dinie(budak darjah 1) datang bagi kat aku...wa, siap salam cium tangan lagi sambil ucap selamat hari guru, ustazah...
Aku pun balik ke bilik guru dengan gembira dan bangga sambil show off kan bakul tu hehe...
Sekali bace kad bentuk love yang ade ribbon pink pada bakul tu...

Kepada Ustazah...
Terima kasih cikgu
Terima kasih kerana mengajar saya
Jasamu takkan saya lupa
Daripada:
Chris Joel (1 Arif)


La...orang lain yang bagi rupanya...si Dinie plak yang dapat nama...
Malu-malu plak si Chris ni nak bagi sendiri..
Aku pun dengan langkah yang agak terharu, pergi ke kelas 1 Arif dan ucap terima kasih pada Chris...
Chris ni memang budak baik, cume agak lambat buat kerja..Tapi die sungguh-sungguh time belajar...
Semangat je kalau aku suruh nyanyi lagu "Ma Ismuka" hehehe.

Selain dari tu, ade jugak dapat pen merah dari Syamil( ingat tak budak ni?) dan Fariz...
Key-chain dari Dhiya..

Si kembar Munirah dan Maisarah bagi Ustazahnya handphone case...

Jellybean dari Genesis...si nakal yang amat!


Tetiba aku rasa macam aku lebih popular di kalangan anak murid aku yang non-muslim pulak...
Apesal ek?
Adakah aku lebih baik kepada mereka?
Adakah aku selalu puji diorang lebih?
Adakah sebab aku selalu bagi diorang jelly dengan tujuan merasuah diorang supaya senyap dan cepat siapkan kerja sekolah?

Hehe...

Kak Ila nun jauh dari Jordan texted:
" Selamat hari guru, sahabatku...
Semoga setiap ilmu yang kitak ajar dan setiap didikan yang kitak berik untuk anak2 didik kitak mendapat keberkatan yang Maha Esa, sik kira la sepenat nie pun dan sebanyak nie pun keringat membasahi tubuh. 
Yang penting kitak ikhlas melaksanakan amanah yang diberi... 
Jasamu pasti dikenang kerana guru separti kitakla yang menjadikan manusia menjadi insan yang berguna dan menjadi insan yang sebenar..."


Sedih pulak baca mesej Kak Ila... Thanks sis!





Selamat hari Guru, Cik Maryam!

1 comment:

  1. im hepy with u sopia...bnyknye peminat kau...aku?besela..bdk2 besar...xde de hadiahnye...ucapan jerla...

    ReplyDelete